Friday 6 May 2011

rezeki ALLAH itu di mana mana...

selamat hari jumaat :D
pagi penuh barakah bagi penghulu segala hari dilalui dengan penuh ceria, gelak tawa.
namun moment gembira itu tidak dibiar lama.
tengah hari ini keceriaanku diragut.
hampa.
teman tidurku menagis,kecewa.

MAAF,ANDA TIDAK TERSENARAI UNTUK MENGIKUTI PROGRAM PENGAJIAN KE IPTA SESI 2011/2012.

gelak tawa tadi bertukar jadi sendu. masing-masing terdiam. sepi..

kaki itu membawanya melangkah longlai. esak tangis yang ditahan tahan dicurah sekuat hati.

'dah la dik, takda rezeki, nak buat macam mana. mungkin rezeki adik kat tempat lain', aku cuba memujuk.

BENAR.
rezeki ALLAH itu ada di mana mana.
kadang kadang apa yang kita harapkan belum tentu akan menjadi yang terbaik untuk kita,
dan yang terbaik untuk kita itu selalunya bukan seperti yang kita harapkan.
rahsia Allah itu hanya Dia yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya Dia adalah pemilik bagi setiap sesuatu.
maka bersyukurlah. rezeki tak semestinya terbentang depan mata, kadangkala tersembunyi dibalik timbunan usaha dan doa.. maka tawakal dan redha lah anda atas setiap apa yang diberikan. :)

**harap harap saya juga tak meraung nanti kalo tak dapat sambung law... AMIIN

masa itu terus berlalu, maka kita harus terus melangkah........ :)

1 comment: