Thursday 5 May 2011

kenapa lovethelawlife?

hype salam semua :) selamat hari khamis yaa ;D
petang petang macam ni korang buat apa jaaa?
fb sudah tentuuu kan kan kan? ke baru ja lepas layan marimar kt tv3 tuh?


aww!~ kan da kantoii episod last dia.huhuhu
hehe okey by the way,..

entry kali nih about kenapa mimi letak LOVETHELAWLIFE as my blog title.
ngee agak agak kenapa?
 yaaa kerana saya sangat sukaaa dan cintaaaa amat dengan diaa = LAW!~


yaa impian untuk bergelar seorang peguam memang dah tertanam tanam dalam hati nih sejak zaman kanak kanak ribenaa lagi :)
 tapi tapi tapi..
kalo tanya saya kenapa nak jadi sangat lawyer nih? apa yang best? jawapan saya = ENTAH.
I DONT HAVE ANY IDEA WHY I AM REALLY CRAZY LOVING THIS FIELD!~

mungkin terbawa-bawa dengan perwatakan saya yang memang tegas. betul ke? :P ingat lagi dulu dulu kala masa kecik kecik semua orang cakap saya ni garang!~ 'jangan main main dengan budak kecik nih weh, nampak jaaa kecik, cengei nak mampoih!'  betui tak mal?? :)

well what is law? secara umumnya law ini adalah undang-undang. tapi bagi saya, bukan orang yang belajar bidang undang-undang sahaja tahu apa tu undang-undang. apa yang kita lalui sekarang pun berteraskan undang-undang, peraturan. undang-undang dan peraturan yang dikeluarkan untuk membentuk seseorang untuk menjadi yang baik dan tidak melakukan sesuatu yang di anggap salah.
 agama yang kita pegang juga adalah peraturan dan undang-undang. kalau hukum dunia boleh kita patuhi, kenapa tidak hukum Allah? ;)

Dari Ali (bin Abi Talib) r.a, katanya: “Pada suatu ketika, Rasulullah SAW mengirim sepasukan tentera (ke medan perang) dan melantik seorang lelaki menjadi komandan mereka. Satibanya di suatu tempat, komandan tersebut menyalakan api (unggun) dan memerintahkan anak buahnya melompat ke dalam unggun api tersebut. Sebahagian anak buahnya telah bersedia untuk melompat ke dalam unggun api tersebut tetapi yang lain berkata: “Kita harus lari dari api itu.” Peristiwa itu mereka laporkan kepada Rasulullah SAW. Maka beliau bersabda: “Seandainya kamu melompat ke dalam api itu kamu akan sentiasa berada di dalamnya hingga hari kiamat nanti.”Kemudian baginda bersabda pula kepada yang lain dengan lemah lembut: “Tidak wajib taat kepada perintah untuk menderhakai Allah. Taat itu hanya wajib dalam rangka menegakkan kebajikan.”
(Muslim)

apa yang saya ingin tekan kan di sini, sekeliling kita adalah undang-undang, undang-undang Allah, undang-undang dunia-undang-undang kehidupan, semuanya terletak kepada kita untuk patuh kepada apa yang membawa kebaikan ke jalan Allah. :)

**terpaksa pergi dulu, perlu jalankan tanggungjawab sebagai hambaNya, tak nak langgar undang-undang Allah!

p/s: rindu budak-budak asasi law uitm shah alam, LWP02L


2 comments:

  1. tapi macam mana cik LAW kalo undang2 dunia tu terlalu kong2 kita..mnyebabkan bertambah gejala sosial dalam kalangan masyarakat ini..

    ReplyDelete
  2. terpulang kepada individu macam mna nak manage life dia dengan undang2 tanpa mengakibatkan masalah2 mcm ni.

    ReplyDelete