Saturday 28 May 2011

selamat tinggal....

telah aku kucup
tangan tua itu..
jemari yang berhiaskan kedutan
tanda mamahan sang usia..
lapan dekad lamanya berjalan di atas bumi fana..
kutinngalkan dikau lemah
di penjuru katil usang itu..

18 MEI 2011,,
tika hening menunjukkan jam empat
suara tangis itu menghamburkan juta rasa pilu
terpempan aku seketika disitu.
tangan tua yang telah kukucup
tak mungkin lagi aku gapai..
hanya esakan tangis sebagai ganti kata-kata

pagi itu aku kembali
tapi tubuh itu kaku
jasad terbaring mata tertutup
tangan itu qiam..
tapi mulutnya seakan akan tersenyum..
airmata tumpah lagi..
kau masih di katil usang itu...
pembaringanmu kali terakhir..

hanya doa mampu kuberikan
semangat hilang entah di mana
pergi bersama engkau yang meninggalkan kami
tiada lagi suara azan berkumandang
tiada lagi batuk batuk kedengaran
tiada lagi lelaki yang jadi tonggak penyatuan anak anak
tiada lagi suara bebelan itu
tiada lagi renungan tajam itu..
kali ini kau pergi buat selama lamanya meninggalkan kami..

tenanglah kau di alam sana..
hanya doa kami jadi taburan bunga-bunga syurga buatmu..
ALFATIHAH
ALLAHYARHAM HJ MD NOR BIN YAHYA (27121927-18052011)

Saturday 7 May 2011

KISAH RUMPUT DAN KASIH SAYANG

SALAM SABTU :) hari ni bosan. tak tahu nak buat pa. search2 dekat google, teringat kisah ni saya baca dekat ILUVISLAM.COM. lalu dicopypaste kan cepat2 di sini. enjoy reading yaa :D

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

Friday 6 May 2011

rezeki ALLAH itu di mana mana...

selamat hari jumaat :D
pagi penuh barakah bagi penghulu segala hari dilalui dengan penuh ceria, gelak tawa.
namun moment gembira itu tidak dibiar lama.
tengah hari ini keceriaanku diragut.
hampa.
teman tidurku menagis,kecewa.

MAAF,ANDA TIDAK TERSENARAI UNTUK MENGIKUTI PROGRAM PENGAJIAN KE IPTA SESI 2011/2012.

gelak tawa tadi bertukar jadi sendu. masing-masing terdiam. sepi..

kaki itu membawanya melangkah longlai. esak tangis yang ditahan tahan dicurah sekuat hati.

'dah la dik, takda rezeki, nak buat macam mana. mungkin rezeki adik kat tempat lain', aku cuba memujuk.

BENAR.
rezeki ALLAH itu ada di mana mana.
kadang kadang apa yang kita harapkan belum tentu akan menjadi yang terbaik untuk kita,
dan yang terbaik untuk kita itu selalunya bukan seperti yang kita harapkan.
rahsia Allah itu hanya Dia yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya Dia adalah pemilik bagi setiap sesuatu.
maka bersyukurlah. rezeki tak semestinya terbentang depan mata, kadangkala tersembunyi dibalik timbunan usaha dan doa.. maka tawakal dan redha lah anda atas setiap apa yang diberikan. :)

**harap harap saya juga tak meraung nanti kalo tak dapat sambung law... AMIIN

masa itu terus berlalu, maka kita harus terus melangkah........ :)

Thursday 5 May 2011

kenapa lovethelawlife?

hype salam semua :) selamat hari khamis yaa ;D
petang petang macam ni korang buat apa jaaa?
fb sudah tentuuu kan kan kan? ke baru ja lepas layan marimar kt tv3 tuh?


aww!~ kan da kantoii episod last dia.huhuhu
hehe okey by the way,..

entry kali nih about kenapa mimi letak LOVETHELAWLIFE as my blog title.
ngee agak agak kenapa?
 yaaa kerana saya sangat sukaaa dan cintaaaa amat dengan diaa = LAW!~


yaa impian untuk bergelar seorang peguam memang dah tertanam tanam dalam hati nih sejak zaman kanak kanak ribenaa lagi :)
 tapi tapi tapi..
kalo tanya saya kenapa nak jadi sangat lawyer nih? apa yang best? jawapan saya = ENTAH.
I DONT HAVE ANY IDEA WHY I AM REALLY CRAZY LOVING THIS FIELD!~

mungkin terbawa-bawa dengan perwatakan saya yang memang tegas. betul ke? :P ingat lagi dulu dulu kala masa kecik kecik semua orang cakap saya ni garang!~ 'jangan main main dengan budak kecik nih weh, nampak jaaa kecik, cengei nak mampoih!'  betui tak mal?? :)

well what is law? secara umumnya law ini adalah undang-undang. tapi bagi saya, bukan orang yang belajar bidang undang-undang sahaja tahu apa tu undang-undang. apa yang kita lalui sekarang pun berteraskan undang-undang, peraturan. undang-undang dan peraturan yang dikeluarkan untuk membentuk seseorang untuk menjadi yang baik dan tidak melakukan sesuatu yang di anggap salah.
 agama yang kita pegang juga adalah peraturan dan undang-undang. kalau hukum dunia boleh kita patuhi, kenapa tidak hukum Allah? ;)

Dari Ali (bin Abi Talib) r.a, katanya: “Pada suatu ketika, Rasulullah SAW mengirim sepasukan tentera (ke medan perang) dan melantik seorang lelaki menjadi komandan mereka. Satibanya di suatu tempat, komandan tersebut menyalakan api (unggun) dan memerintahkan anak buahnya melompat ke dalam unggun api tersebut. Sebahagian anak buahnya telah bersedia untuk melompat ke dalam unggun api tersebut tetapi yang lain berkata: “Kita harus lari dari api itu.” Peristiwa itu mereka laporkan kepada Rasulullah SAW. Maka beliau bersabda: “Seandainya kamu melompat ke dalam api itu kamu akan sentiasa berada di dalamnya hingga hari kiamat nanti.”Kemudian baginda bersabda pula kepada yang lain dengan lemah lembut: “Tidak wajib taat kepada perintah untuk menderhakai Allah. Taat itu hanya wajib dalam rangka menegakkan kebajikan.”
(Muslim)

apa yang saya ingin tekan kan di sini, sekeliling kita adalah undang-undang, undang-undang Allah, undang-undang dunia-undang-undang kehidupan, semuanya terletak kepada kita untuk patuh kepada apa yang membawa kebaikan ke jalan Allah. :)

**terpaksa pergi dulu, perlu jalankan tanggungjawab sebagai hambaNya, tak nak langgar undang-undang Allah!

p/s: rindu budak-budak asasi law uitm shah alam, LWP02L


Wednesday 4 May 2011

err saya budak baru :)


 
eh eh salam perkenalan semua. err sebenarnya ni first entry sebab sebab masa masa saya sangatlah terluang kebelakangan ini lalu mencetuskan firasat untuk membuat blog ini. :) **ohh saya sengaja buat buat berbahasa skema. lalu firasat yang timbul akibat daripada perasan bosan yang menguasai hari hari ku ini telah berjaya memujuk sahabat lamaku, ikmal hanis untuk menyusahkan dirinya membuatkan satu blog buat ku. dengan semangat yang entah datang dari mana, blog tak seberapa sihat ini siap dibikin. terima kasih anda :)


**ni lah kawan saya yang bsusah payah tu. serabai ja kan? :P