Saturday 7 January 2012

xiawu hao! *selamatpetang*

hari ni ke'moody'an melanda gara gara..

down.down.down.
tak boleh jawab exam tadi :(

kesimpulannya, jumpa lagi next sem. ktengsbai

Thursday 5 January 2012

exam week

assalamualaikum! :D

sambil baru bangun tidur dan perut yang lapar entry kali ini ditulis.
kenapa baru bangun tidur? hah. sebab baru lepas berperang. its my final exam. hoaah.
tanggal pagi jam sembilan, bermula peperangan antara aku dan soalan tamadun islam dan tamadun asia..

ni kertas soalannya. XD

its more about history dan masa jawab tadi rasanya sama macam jawab kertas sejarah masa SPM 2009 dulu. huehue. masa dua jam tu takdalah lama mana pun, nasib baik cukup2 je aku tembak. pakai ja peluru apa yang ada.hikhik. apa pun, insyaAllah aku yakin, aku dah buat yang terbaik !~


satu dah settle, nak berperang dengan 4 lagi subjek! yang tengah menunggu giliran..


MALAYSIAN LEGAL SYSTEM 7jan
CONSTITUTIONAL LAW 9jan
LAW OF TORT 13jan
LAW OF CONTRACT 16jan

ok ni semua subjek law. core subjek. how can i make it? dear family and friends do wish me luck. sokongan kalian buat saya lebih lebih bersemangat! :D


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".
Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi


Monday 2 January 2012

salam 2012!~

heyy assalamualaikum. (ehh ada ka orang nk jawab ni) hee
phewww setelah diamat amat dengan mata besarku ini haaaah! dah lima bulan tak update blog!
dah berdebu berhabuk berkuman berdaki ber..apa tah lagi..
bukan apa aku tak rasa hidup aku ni spesial sangat nk tulis kat blog.
huyyoooh gila tak appreciate life.
mana ada! appreciate lah cuma segann ohh nak tulis. jadi tatapan orang. orang baca. best ka blog ni?
huehue. lepas aku berselak selak selak blog orang so tiba tiba ja aku ada azam baru.
takmau biaq blog aku ni berhabukk.
kena cuci cuci selalu. bagi wangi. bersih. suci. sedap mata membaca.
okay okay sudah sudah melalut.

wee apa nak tulis ni? okay memandangkan 2011 nak berakhir.. meh aku cita sikit sebanyak apa yang berlaku sekitar 2011..

januari..
- as second semester law foundation student- :)
heee cuba skodeng sikit mana aku? sapa jumpa sila claim chokichoki. :D
rindu gilaaa kat mereka mereka ni.
group L. sumpah best. rindu jue, ana, diba, nies, yani,mia,farahsyuhada, ungku yang dah tak sambung law sekali. btw L membawa experience yang sangat best!





february
hemm ada pa ya.. ouh still asasi lagi. eh eh ada gambar dinner. jap jap nak gi korek dalam folder.



sumpah ramai kutuk macam mak datin kan. hahha
mak datin pun mak datin lah
jeles lettew
:P


dah tak payah puji lebih lebih. memang kitorang cantik pun. perasantan. puii. :P

mac
apa sih? humm last da jadi budak asasi. nak tgk vdeo? nah.


sedihkan. sobs. over ja budak pakai baju kurung biru tu. menyampah. hikhik.

##ALAMAKVIDEOTAKDAPATVIEWLAPULAKK

april.
cutii sem!~ apa nak buat nih? haa memulakan cuti sem yang berbulan bulan dengan celebrate birthday seorang sahabat baik. hohoho. psst it was a surprise actually!

ni lah budaknya.
siapa siapa yang jumpa dia sila hantar ke balai polis yang berdekatan. kehkehkeh.
it was an awesome day.

;)

mei
masa yang berlungguk lungguk terluang merengek rengek minta diisi. terkedek kedek mencari kerja. and.. hah kerja sat di tesco tu..

with my kesayangan
noy iqbal n myxa rizki :D

dan ada berita duka..
kehilangan arwah tokwan.
tanggal 18 mei jam 4 pagi..

ini adalah raya terakhir kami bersama arwah.
al fatihah.

jun,july ogos
hari hari saya bersama mereka :)



dah macam model apa tak tau.

september
masa yang ditunggu tunggu! hai setelah 6 bulan!~
akhirnya..
selamat datang ke program ijazah sarjana muda undang undang. :D

heyy takdak gambaq bestt la pulak. ohh haa ada ada ada. sat. :D



    dah grad dah pun.okay ni tipu.
pinjam topi sapa sapa ntah
teringin.

oktober & november
melalui hari hari normal dan tidak normal sebagai seorang pelajar universiti. we have fun,joy, dan stress! :D

 
        kesatria negara
KAU MAMPU? HAHHA
                                                    
 with rummet terchenta
  enda :)

with athirah :)

my dear classmate
adila :)


disember
end the year with my cousin engagement. :D


hee comel kan mereka?
bila orang nak pinang aku?
ceitt.
baru nak masuk 20 dah menggatal.
ape lah syamimi.
hee and the last one
nak jugakk kheenn
okay tu laa sedikit sebanyak coretan 2011
hmm 2011 sweet.banyak kenangan.
baik atau buruk manis untuk disimpan.
;)
so so 2012 please be nicer to me :D
sekian dulu. mengantok oiii.
buenos noches! :)
assalamualaikum

Sunday 3 July 2011

epal hijau

hitam kata kau,
putih kata aku.
sepi.

mata coklat itu bisa.
menerobos hati sampai jadi lunyai.
kau sepi lagi.

aku simpan kau dalam hati,
tanpa kuikat tanpa kugari,
kau lari lagi.
sepi.

yang ada kini hanya sepi.

aku tenung aku perhati,
pergi!

kembalikan tawa di bibir merah itu
biar hilang sepi gelap dunia.

kembalikan epal hijau itu,
yang aku tunggu setiap masa.

Tuesday 21 June 2011

abah.

abah..
kali ni tiba tiba nak tulis pasal abah lepas baca entry kawan baik, IKMAL HANIS :)
sila klik sini : http://www.xsuzikornx.blogspot.com/
UuUuUuUuuuu syahdu ja kan. tapi kali nih saya takmau tulis formal2. takmau puitis2. hanya membiarkan jari jemari ni pantas menaip cetusan cerita dari hati. lohgat kedah punya mari.

abah. abah garang. tu yang dapat disimpulkan siapa abah. abah tak penah rotan, jentik pun tak penah. cukup dengan bahasa tubuh dan mimik muka. mampu buat aku dan adik2 menangis kalo tengok abah marah.
tapi..
abah marah bukan sebab abah marah. abah marah sebab abah sayang puteri2 dia. puteri2 cinta hati abah.
abah memang panas baran, abah perengus. pantang silap sikit, memang kena tadah telinga. abah cerewet. abah suka beletiaq. penah dulu masa kecik2...masa aku darjah dua, ada satu malam tu, aku tak bwak keluaq bekal dalam beg sekolah. abah memang pantang kalo simpan bekal ka apa2 yang kt sekolah tapi sampai malam tak bwak keluaq,.memang dia marah. sekali nah ambik, bekal aku tuh dia lempaq buang kt luaq umah.. kalo pikiaq balik, bnda simple ja kan. tapi tu lahh abah. abah mesti suroh kami adik beradik bagi dapat nombo satu setiap kali periksa. mesti!~ hadooiyai. penahh kot takot gila kalo dapat result yang mungkin takkan memuaskan hati abah. tapi tu lahh itu yang membuatkan aku seperti sekarang.

tapi dalam panas baran abah,, abah sebenarnya seorang yang sangat sangat sangat..mudah tersentuh hati. abah mudah terasa hati, abah mudah menangis! airmata abah murah! abah lebih mudah menangis kalau nak dibandingkan dengan mama.. hati abah mudah tersentuh. ingat lagi, masa birthday abah.. kami bagi kad dekat abah. tau apa abah buat? abah lekat kad aku dengan adik2 bagi dekat almari baju dia. siap dia balas "thank you my sweetheart, i love you all so much.' hmm. abah memang jiwang. setiap apa yang dia kata selama ni, bebelan dia, semua nasihat untuk aku. masa kecik kecik abah suka sikat rambut kami adik beradik.maklomlaa semua perempuan. suka tolong basuh kasut sekolah. suka ciom sampai rasa rimas.dulu dulu la. suka urut kaki aku. mama tak suka buat. pendek kata, dalam garang2 abah, abah lebih manjakan kami berbanding mama. mama payah sikit nak tunjuk. huhu. ada hari tu, aku duduk kat kampung, pastu abah dengan mama balik. tanpa aku sengaja, aku tak salam abah. abah panggil aku dengan airmata dia yang mula bertakung penuh di kolam mata. abah kata ' abah sampai lama dah, kenapa tak salam abah? kakak anak sapa? bukan anak abah ka?' terus sebak dan berlinang airmata. tak sangka abah begitu terguris dengan perlakuan aku yang aku tak sengaja buat. cepat2 aku mintak maaf. "kakak mintak maaf, tak bmaksud buat abah sedih.' hmm abah abah abah..hati yang keras itu sebenarnya hanya benteng menutup kelembutan hati yang tidak mampu dibohongi. waktu aku nak melangkah pergi tinggalkan abah masa nak masuk universiti dulu,airmata abah berlinang lagi.dari jauh abah usap airmata dia, anak yang dia selalu kendong bila aku tidur sekarang dah tinggalkan dia, pegi ke menara gading mengemis ilmu buat bekalan mencapai cita-cita. seminngu lepas tu abah datang lagi..masa abah nak balik, aku lihat dia menangis di balik kaca mata hitam ray ban kesayangan dia. oh abah. ;'( abah suka menangis.. setiap kali aku telefon abah.. 'abah..kakak dapat result sekian sekian sekian.......', dari corong telefon, aku tahu abah sebak,gembira dengan berita yang selalu aku sampaikan. aku tahu abah menangis gembira. abah, kakak harap kakak selalu boleh bagi khabar gembira buat abah dan mama. kakak harap abah mampu terus menangis kegembiraan kerana kakak. kakak harap kakak dapat buat abah dengan mama bangga dengan kakak dan adik-adik. abah, teruslah jadi kekuatan kakak, bagi nasihat, dan selalu doakan kakak. apa yang kakak ada sekarang adalah doa yang tak putus-putus dari abah dan mama. baik buruk abah,kakak sayang abah sangat. <3

special contribute to : AZMADI BIN MD NOR :D

Monday 13 June 2011

a warmth welcome!

ALHAMDULILLAH
ALL PRAISE TO ALLAH
IN JOURNEY TO FURTHER MY STUDY
IN B.L.S! :))






p/s: dahdapatstudylepasninaktunggujodohpulakbolehtak.manatautibatibajatuhkeriba.maafspacebuttonrosak.



Tuesday 7 June 2011

bila hati dah pecah

saya taknak cakap apa2 kali ni, taknak cakap panjang2.
saya just nak cakap yang saya kena kuat.
saya kena tabah.
semoga awak bahagia. -.-


TAMAT.