Tuesday, 21 June 2011

abah.

abah..
kali ni tiba tiba nak tulis pasal abah lepas baca entry kawan baik, IKMAL HANIS :)
sila klik sini : http://www.xsuzikornx.blogspot.com/
UuUuUuUuuuu syahdu ja kan. tapi kali nih saya takmau tulis formal2. takmau puitis2. hanya membiarkan jari jemari ni pantas menaip cetusan cerita dari hati. lohgat kedah punya mari.

abah. abah garang. tu yang dapat disimpulkan siapa abah. abah tak penah rotan, jentik pun tak penah. cukup dengan bahasa tubuh dan mimik muka. mampu buat aku dan adik2 menangis kalo tengok abah marah.
tapi..
abah marah bukan sebab abah marah. abah marah sebab abah sayang puteri2 dia. puteri2 cinta hati abah.
abah memang panas baran, abah perengus. pantang silap sikit, memang kena tadah telinga. abah cerewet. abah suka beletiaq. penah dulu masa kecik2...masa aku darjah dua, ada satu malam tu, aku tak bwak keluaq bekal dalam beg sekolah. abah memang pantang kalo simpan bekal ka apa2 yang kt sekolah tapi sampai malam tak bwak keluaq,.memang dia marah. sekali nah ambik, bekal aku tuh dia lempaq buang kt luaq umah.. kalo pikiaq balik, bnda simple ja kan. tapi tu lahh abah. abah mesti suroh kami adik beradik bagi dapat nombo satu setiap kali periksa. mesti!~ hadooiyai. penahh kot takot gila kalo dapat result yang mungkin takkan memuaskan hati abah. tapi tu lahh itu yang membuatkan aku seperti sekarang.

tapi dalam panas baran abah,, abah sebenarnya seorang yang sangat sangat sangat..mudah tersentuh hati. abah mudah terasa hati, abah mudah menangis! airmata abah murah! abah lebih mudah menangis kalau nak dibandingkan dengan mama.. hati abah mudah tersentuh. ingat lagi, masa birthday abah.. kami bagi kad dekat abah. tau apa abah buat? abah lekat kad aku dengan adik2 bagi dekat almari baju dia. siap dia balas "thank you my sweetheart, i love you all so much.' hmm. abah memang jiwang. setiap apa yang dia kata selama ni, bebelan dia, semua nasihat untuk aku. masa kecik kecik abah suka sikat rambut kami adik beradik.maklomlaa semua perempuan. suka tolong basuh kasut sekolah. suka ciom sampai rasa rimas.dulu dulu la. suka urut kaki aku. mama tak suka buat. pendek kata, dalam garang2 abah, abah lebih manjakan kami berbanding mama. mama payah sikit nak tunjuk. huhu. ada hari tu, aku duduk kat kampung, pastu abah dengan mama balik. tanpa aku sengaja, aku tak salam abah. abah panggil aku dengan airmata dia yang mula bertakung penuh di kolam mata. abah kata ' abah sampai lama dah, kenapa tak salam abah? kakak anak sapa? bukan anak abah ka?' terus sebak dan berlinang airmata. tak sangka abah begitu terguris dengan perlakuan aku yang aku tak sengaja buat. cepat2 aku mintak maaf. "kakak mintak maaf, tak bmaksud buat abah sedih.' hmm abah abah abah..hati yang keras itu sebenarnya hanya benteng menutup kelembutan hati yang tidak mampu dibohongi. waktu aku nak melangkah pergi tinggalkan abah masa nak masuk universiti dulu,airmata abah berlinang lagi.dari jauh abah usap airmata dia, anak yang dia selalu kendong bila aku tidur sekarang dah tinggalkan dia, pegi ke menara gading mengemis ilmu buat bekalan mencapai cita-cita. seminngu lepas tu abah datang lagi..masa abah nak balik, aku lihat dia menangis di balik kaca mata hitam ray ban kesayangan dia. oh abah. ;'( abah suka menangis.. setiap kali aku telefon abah.. 'abah..kakak dapat result sekian sekian sekian.......', dari corong telefon, aku tahu abah sebak,gembira dengan berita yang selalu aku sampaikan. aku tahu abah menangis gembira. abah, kakak harap kakak selalu boleh bagi khabar gembira buat abah dan mama. kakak harap abah mampu terus menangis kegembiraan kerana kakak. kakak harap kakak dapat buat abah dengan mama bangga dengan kakak dan adik-adik. abah, teruslah jadi kekuatan kakak, bagi nasihat, dan selalu doakan kakak. apa yang kakak ada sekarang adalah doa yang tak putus-putus dari abah dan mama. baik buruk abah,kakak sayang abah sangat. <3

special contribute to : AZMADI BIN MD NOR :D

1 comment:

  1. wow sempoi..
    pa2 un kim salam kt ayah ang..
    pastu thanx coz promote blog aku.
    hahax

    ReplyDelete